Tuesday, November 29, 2011

Falsafah Pendidikan Pusat Pendidikan Al-Amin

Satu usaha pendidikan yang menyeluruh dan berterusan lagi dinamik dengan berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah bagi membangun potensi insan sebagai ‘abid dan khalifah yang dapat menegakkan satu tamadun yang sejahtera di dunia dan seterusnya mencapai kebahagiaan di akhirat.

Latar Belakang
Usaha Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) dalam menyemak serta menambah baik Kurikulum Ulum Naqliyah adalah bertolak dari kesedaran bahawa pandangan alam Islam mesti diberi nafas yang segar untuk melahirkan kefahaman, pengamalan, penghayatan Islam dan seterusnya melahirkan kecintaan serta ‘izzah kepada Islam. Kehidupan yang sejahtera adalah bertolak dari perlaksanaan prinsip dan konsep yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-Sunnah disamping bergerak selari dengan prinsip-prinsip murni sejagat yang diterima oleh semua masyarakat yang bertamadun. Islam mesti dilihat sebagai sesuatu yang dinamik untuk membimbing dan mencorakkan kehidupan di dunia dengan memberi kesejahteraan kepada ruh, aqal, jasmani, emosi, kemasyarakatan, persekitaran serta mahkluk lain. Kejelasan dan natijah dari semua ini diharap akan membuahkan kehidupan yang sejahtera di dunia dan selanjutnya akan memperolehi kebahagiaan di Akhirah.

Peranan Penyataan Falsafah Pendidikan
Falsafah pendidikan bertindak sebagai penyaring yang utama dalam usaha menentukan tujuan-tujuan pendidikan. Tiga unsur utama dalam pembentukan falsafah pendidikan adalah pelajar, ilmu, dan kaedah pembelajaran. Justeru, konsep manusia, epistemologi, dan methodologi mengambil kedudukan yang sentral dalam memfomulasikan sesuatu falsafah pendidikan disamping halatuju yang dipilih.

Falsafah dibentuk berdasarkan hakikat-hakikat yang melingkungi manusia dan alam. Kewujudan falsafah adalah penting untuk membantu menterjemahkan peranan pendidikan dalam ruang lingkup hakikat tersebut. Dalam erti kata lain, falsasah akan menggariskan ilmu dan/atau maklumat yang ingin disampaikan, ruang lingkup atau kaedah ianya disampaikan dan tujuan ianya disampaikan.

Penyataan Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Islam Nasional

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al Qur’an dan al Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Falsafah Pendidikan IKRAM-MUSLEH
Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah melalui satu sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

Falsafah Pendidikan PPAA
Satu usaha pendidikan yang menyeluruh dan berterusan lagi dinamik dengan berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah bagi membangun potensi insan sebagai ‘abid dan khalifah yang dapat menegakkan satu tamadun yang sejahtera di dunia dan seterusnya mencapai kebahagiaan di akhirat.

Penjelasan Falsafah PPAA

usaha – perbuatan secara sedar dan menjadi pilihan

menyeluruh – i. Luar dan dalam bilik darjah
ii. Meliputi seluruh aspek dan bidang ilmu
iii. Mengembangkan seluruh potensi insan – ‘aql, ruh, badan, emosi dan sosial (JERIS).
iv. Pertanggungjawaban oleh semua – pengurusan, guru, kakitangan,
ibubapa dan rakan sebaya.

berterusan – di sekolah (di dalam dan di luar bilik darjah), di rumah, pasca sekolah

dinamik – selari dengan perkembangan dan keperluan semasa, khususnya yang melibatkan fiqh mu’asir tanpa menggadaikan prinsip dan matlamat.

prinsip dan konsep – yang membentuk pandangan alam Islam (yang menjangkau dunia dan akhirah) serta dasar/asas rangkakerja Islam

seluruh potensi insan – ada keseimbangan dalam pembinaan dan perkembangan insan serta ilmu.

‘abd – pengabdian diri kepada Allah SWT

khalifah – sebagai wakil yang diamanahkan (melalui bidang/kepakaran masing-masing) untuk mentadbir alam dan Ummah.

tamadun yang sejahtera – kefahaman dan penghayatan Islam sebagai cara hidup yang dijelmakan dalam bentuk tamadun yang dimanifestasikan oleh prinsip, dasar, dan struktur dalam pendidikan, politik, kemasyarakatan, perundangan, ekonomi dan kewangan, keusahawan, kesenian, sains dan teknologi, pembangunan (islah), kesusasteraan, penyelidikan, pengurusan dan pentadbiran, alam sekitar, dll.

kebahagiaan di Akhirah – mendapat rahmat dari Allah SWT dengan balasan syurga dan paling utama mendapat rahmat untuk melihat Allah SWT.

Saturday, November 26, 2011

Pengukuhan Falsafah Ilmu dan Pendidikan dalam Islam dalam Menghadapi Cabaran Semasa ; Ringkasan

Pembentang : Dr Mohd Farid Shahran

i) Ilmu hari ini tidak berada pada kedudukan yang sebenar.
ii) Ilmu yang dicari dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu (knowledge is power),
iii) Ilmu tidak lagi dijadikan sebagai matlamat i.e. untuk mencari keredhaan Allah SWT atau menjadi insan salih (knowledge is virtue).
iv) Falsafah telah dikecilkan skopnya dan tidak lagi dianggap sebagai 'the mother of all sciences'.
v) Sains juga sudah tidak bersifat inklusif sebagaimana kurikulum yang terdapat pada zaman kegemilangan Islam. Hari ini sains juga diwarnai oleh budaya potivisme dan empirisme yang melampau disamping mengiktiraf pancaindera dan aqal sebagai sumber ilmu semata-mata. Maka wujudlah pertentangan antara agama dan sains, wahyu dan aqal.
vi) Untuk melahirkan semula Ibn Sina, al-Biruni, al-Ghazali dan Ibn Rush (multidisiplinary scholars - ahli teologi, falsafah dan saintis), krisis ilmu perlu ditangani.

a) Perbetulkan sikap terhadap ilmu - wujudkan keghairahan dalam mencari ilmu supaya ilmu boleh diterajui oleh Muslim semula.
b) Perbetulkan adab terhadap ilmu dan ilmuan. Ledakan maklumat hari ini bukanlah ilmu sebenar sekiranya ia tidak memberi makna atau kesan kepada penerima untuk menghasilkan tindakan yang positif. Manakala ilmuan dihormati dan diletakkan ditempat yang sebenar supaya dapat memutuskan 'the vicious circle' i.e. kehilangan adab->kecelaruan ilmu->pemimpin yang corrupt->.
c) Budaya ilmu diwujudkan iaitu satu keadaan di mana ilmu dianggap sebagai keutamaan tertinggi dan setiap lapisan masyarakat terlibat secara lansung atau tidak lansung dengan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan ilmu pengetahuan.
d) Perbetulkan maqasid ilmu (alat atau matlamat) dan nisbah ilmu (intensive and extensive i.e. specialise in one or certain areas and at the same time make an effort to know other areas in general) - jangan sampai excessive in one area atau wujud dualisma eg. saintis atau the other sebolehnya saintis cum the other.
e) Ilmu dituntut kerana fadhilatnya bukan kerana kuasa yang akan diperolehinya (knowledge is virue vs knowlegde is power).
f) Sistem Pendidikan mesti mewujudkan kesepaduan ilmu yang sebenar ( satu usaha yang serius i.e. tidak sekadar memasukkan al-qur'an dan al-hadith tetapi mesti disertai dengan tasawwurnya sekali). Kesepaduan antara fard 'ayn dan fard kifayah (rujuk d).
g) Bentuk pendidikan juga must go beyond the system i.e. bolehkah SP kita menilai pelajar bersandarkan aqal dan akhlaq i.e.jika akhlaq gagal disekat kenaikannya.
h) Biografi Ibn Sina - jadikan bahan perbincangan untuk membentuk pemuda-pemuda yang betul sikap dan ghairah terhadap ilmu.
i) Saranan : Hidupkan budaya Wacana Ilmiah ini samada berbentuk multidisciplinary atau/dan multiracial/religion.