1. Muqaddimah
Dari saat ﺇﻘﺮﺍﺀ diwahyukan sehingga beberapa kurun selepasnya, bahasa Arab kekal menjadi bahasa ilmu. Yang lebih penting, penggunaannya dari awal sebagai bahasa al-qur’an, telah merubah pandangan hidup orang-orang Arab Jahiliah kepada pandangan hidup Islam. Beberapa perkataan Arab yang pada awalnya memberi maksud yang berbeza di kalangan orang Arab Jahiliah telah diberi celupan Islam yang berbeza dan menjangkau kepada perhubungan dengan Pencipta. Begitu jugalah yang berlaku kepada bahasa-bahasa agama Islam yang lain seperti Turki, Parsi, dan juga Melayu. Lebih utama, bahasa-bahasa yang memperkenalkan terma dan kata kosa Arab di dalamnya, membawa sekali kefahaman Islam. Dengan kata lain, telah berlaku islamisasi melalui bahasa terhadap bahasa-bahasa agama Islam yang lain.
2. Bahasa Arab dan Al-Qur’an
Di dalam al Qur’an, bahasa Arab dikaitkan sebagai satu phrasa 'qur'aanan 'arabiian'
sebanyak sebelas kali. Ini menunjukkan pentingnya bahasa Arab untuk memberi kefahaman kepada al qur’an itu sendiri. Dengan kata lain, untuk mendapatkan kefahaman yang sebenar tentang pengajaran yang diturunkan melalui al qur’an, mestilah melalui bahasa Arab. Ini bermakna, tidak mencukupi jika sesorang itu mendalami al qur’an melalui penterjemahan sahaja samada dalam bahasa Turki, Parsi, Melayu, Inggeris, hatta dalam apa jua bahasa pun.
Para sahabah memahami al qur’an dalam bahasa Arab. Dengan sebab itu, rata-rata kita didedahkan kisah keajaiban al qur’an di dalam kehidupan mereka. Yang Islam bertambah keislamannya, yang kafir datang untuk mengubah aqidahnya, dan yang berkepentingan di kalangan orang-orang kafir, tidak dapat tidak memperakui kehebatan bahasa al qur’an. Oleh kerana keunikan bahasa al qur’an, tiada yang percaya ia adalah semata-mata hasil dari seorang manusia yang waras. Oleh kerana itu, ar Rasul S.A.W, diberi gelaran majnun, ahli silap mata, dan penyair.
Para sahabah juga mengetahui bahawa ilmu itu adalah al qur’an dan meninggalkan al qur’an atau memahaminya tanpa melalui bahasa Arab akan mengurangkan kefahaman dan keilmuan mereka. Mereka memahami bahawa ilmu akan berkurang atau hilang apabila ummah tidak lagi memahami al qur’an.
3. Sikap Ummah hari ini dan al Qur’an
Sikap ummah pada hari ini terhadap al qur’an adalah rata-rata seperti yang ditunjukkan oleh Yahudi dan nasrani. Perkataan ﺃﻤﻨﻲ di dalam surah al Baqarah
membawa maksud bahawa mereka mempunyai kitab-kitab mereka tetapi hanya untuk dibaca dan dihafal, tetapi bukan untuk difahami. Bukankah ini sikap yangdipamirkan oleh sebahagian besar daripada ummah. Kelas-kelas tahfiz tumbuh bagai cendawan dibandingkan usaha untuk memahami al qur’an sendiri.
Tidak dinafikan bahawa ramai yang memberi pengakuan bahawa bahasa Arab itu penting kerana al qur’an adalah dalam bahasa Arab. Malangnya, belajar al qur’an dikalangan sebilangan besar ummah hanyalah setakat qiraat dan hifz tetapi tidak kefahaman.Kalau ada pun yang berusaha untuk mendapatkan kefahaman, ia dilakukan melalui penterjemahan. Oleh kerana itu, tahfiz hanya berputar disekitar membaca dan menghafal.
Hakikatnya, mempelajari al Qur’an mestilah merangkumi ketiga-tiganya iaitu
qiraat, hifz, fahm.
4. Bahasa Arab adalah sebahagian daripada Mu’jizat al Qur’an.
Perutusan rasul-rasul yang terdahulu didokong oleh mu‘jizat yang berbentuk fisikal untuk dipertontonkan kepada manusia. Adalah sesuatu yang sukar untuk membuktikan diri mereka sebagai seorang rasul dari kalangan mereka sendiri. Oleh itu mu‘jizat dalam bentuk membelah lautan, menghidupkan orang yang telah mati, menyembuhkan orang yang sakit dan lain-lain menjadi bukti kepada perutusan mereka.
Sebaliknya, ar Rasul S.A.W. didatangkan dengan mu‘jizat untuk diperdengar dan difahami oleh manusia iaitu al qur’an diturunkan dalam bahasa Arab. Apabila Allah S.W.T memilih:
i) ﻔﻜﺒﺮ ﺆﺮﺒﻚ
ii) ﺃﻠﻠﻪ ﺨﺒﻴﺮﺒﻤﺎ ﺘﻌﻤﻠﻮﻦ dan ﺃﻠﻠﻪ ﺒﻤﺎ ﺘﻌﻤﻠﻮﻦ ﺨﺒﻴﺮ
iii) ﻘﻠﺐ dan ﺃﻔﺌﻴﺪﺓ serta ,ﺮﻮﺡ dan ﻨﻔﺲ,
Ini hanya membuktikan bahawa bahasa Arab al qur’an itu unik. Pilihan terma dan susunan ayat-ayatnya membawa maksud yang tepat dan tersendiri tanpa boleh ditiru atau diterjemahkan.
5. Memperbaiki sikap terhadap bahasa Arab.
Dari sekarang, kita perlu memasang niat untuk mempelajari bahasa Arab. Rata-rata persepsi yang mengatakan bahawa bahasa Arab itu sukar, akan dipermudahka insyaAllah Allah S.W.T sendiri memberi jaminan bahawa kita hanya perlu berniat selebihnya akan permudahkan
Segala kesukaran yang kita hadapi dalam usaha untuk mempelajari bahasa Arab, Allah S.W.T akan megandakan ganjaran bagi mereka. Mereka yang pada masa ini dengan memudahnya menuturkan bahasa Arab atau menafsirlan al qur’an pun pernah menempuh jalan kesukaran pada waktu permulaan. Hanya selepas percubaan yang berkali-kali, mereka dapat mencapai tahap yang ada sekarang.
6. Penerusan Tradisi Keilmuan dan Jambatan Penghubung
Ilmu-ilmu Islam rata-rata masih tertulis dalam bahasa Arab
Ini adalah satu lagi keutamaan untuk mendalami bahasa Arab. Khazanah warisan intelek Islam yang terhasil oleh ulama’ Islam dalam jangkamasa tujuh kurun yang pertama selepas hijrah, masih menuntut untuk diterolai dan diperdalami supaya warisan itu dapat dimanafaatkan oleh ummah pada hari ini. Telah banyak penyelesaian kepada permasalah ummah dibincang dan dicari penyelesaiannya, dimana permasalahan yang serupa berulang pada hari ini dalam bentuk atau rupa yang berbeza.
Kelemahan ini ditampung oleh penterjemahan manuskrip oleh orientalis barat. Adalah satu keaiban jika sebagai ummah yang ditujukan rirasah yang terakhir, kita masih bergantung kepada orang yang bukan seagama untuk memahami warisan intelektual kita sendiri. Penyelewengan dan berpikak mungkin dan telah berlaku dalam penterjemahan ini yang akan mengakibatkan kita akan tersalah mengambil tindakan.
7. Penutup
Susunan dan penggunaan Bahasa Arab dalam al Qur’an adalah sebahagian daripada mu’jizat nya iaitu i‘jaz al qur’an (the inimitability of al qur’an).Untuk mendalami, menjiwai dan menghayati pengajaran dari al Qur’an, memerlukan kepada penguasaan bahasa Arab dan bukan semata-mata bergantung kepada penterjemahannya sahaja.
Khazanah warisan intelektual Islam yang ditulis dalam bahasa Arab masih banyak yang belum diterjemahkan dan masih menunggu-nunggu orang Islam untuk menerokainya selain daripada orientalis yang lebih menampakkan kesungguhan mereka dengan agenda tersendiri.
Allah SWT telah memberi jaminan akan mempermudah dan mengandakan ganjaran bagi yang berusaha untuk mendalami ilmu.
Pengenalan sebutan bahasa Arab di dalam bahasa agama Islam lain – Parsi, Turki, Melayu telah berjaya mengubah pandangan alam kepada yang Islamik.
p.s. Juga dalam Berita Pendidikan di http://www.al-amin.edu.my
Wednesday, November 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ummi,
ReplyDeletecheck this out
http://www.theinimitablequran.com
Wa 'alaika salam,
ReplyDeleteJzkk dan alhamdulillah Ummi dah tengok tapi belum lagi habis membaca kesemuanya - sangat bermanafaat.