Setiap orang adalah pengembala dan dia bertanggung jawab ke atas gembalaannya. Perencanaan dan kebijaksanaan Allah SWT menjadikan manusia dengan berbagai kelebihan dan kekurangan. Melalui kehendak Allah SWT juga manusia dianugerahkan dengan kecenderungan dan minat yang berbeza. Persoalannya sekarang ialah bagaimana hendak menjadi ‘ibad dan khulafa’ dalam bidang pilihan khususnya sains dan teknologi?
Menurut seorang intelektual Muslim, sains adalah ‘a problem-solving tool’ yang asas bagi mana-mana peradaban. Ia mampu mencorakkan persekitaran fisikal, intelektual dan budaya serta mempromosikan jenis pengeluaran ekonomi sesebuah peradaban. Pendek katanya lagi, sains adalah alat di mana akhirnya membentuk sesebuah peradaban yang menjadi manifestasi fisikal ke atas sesuatu pandangan alam.
Oleh kerana itu, ia mesti menjadi pilihan kita untuk mencorakkan sains dan teknologi dengan pandangan alam Islam, megamalkannya dalam kerangka ketawhidan atau ‘Islamic framework’ dan seterusnya menghasilkan sains dan teknologi yang sejahtera atau rahmatan li’l ‘alamin dengan cara mengamalkan etika-etika kerja yang menjamin kelestarian kehidupan. Pada tahun 1981, di Stockholm ‘International Federation of Institutes of Advanced Study’ (IFIAS) telah mengenal pasti sepuluh konsep Islam yang perlu menentukan ‘the nature of Scientific Inquiry’ secara keseluruhan. Konsep-konsep ini adalah :
i) tawhid
ii) khilafah
iii) ‘ibadah
iv) ‘ilm
v) Halal
vi) Haram
vii) ‘adl
viii) dhulm
ix) istislah (kepentingan awam)
x) dhai'a (pembaziran)
Saranan ini perlu disambut oleh kita yang ingin menjadi ‘ibad dan khulafa’ dalam bidang sains dan teknologi. Ia perlu menjadi sumbangan kita kepada pembentukan sebuah peradaban yang sejahtera di dunia dan seterusnya melayakkan kita untuk mencapai kebahagian di akhirah.
‘Islamic Science’ adalah satu warisan yang hilang dan perlu ditebus kembali. Menurut seorang lagi intelektual Muslim, ‘Islamic Science’ merangkumi semua ‘ulum yang dihasilkan semasa peradaban Islam terdahulu khususnya dari tahun ketujuh Masihi hingga ketigabelas Masihi. Ia menyenaraikan bukan sahaja sains tabi’i, fizik, dan matematik bahkan ‘religious sciences’, falsafah, logik, muzik, geografi, sejarah serta ‘human sciences’. Jelasnya, kandungan sains Islam berbeza dengan sains moden malah yang membezakan keduanya adalah metodologi. Tumpuan yang diberikan kepada kaedah, pemerhatian, eksperimen dan bukti empirikal semata-mata oleh sains moden telah mengeyampingkan sains yang didapati daripada interpretasi rasional dalam teks agama disamping analisis matematik, pemikiran logik serta pemerhatian objektif yang di praktikkan oleh sains Islam.
Usaha untuk menebus warisan yang hilang perlu dimulakan dengan menyediakan kerangka yang betul iaitu pandangan alam Islam. Selanjutnya, ‘intellectual setting’ yang diwujudkan pada awal peradaban Islam yang diwarnai oleh ‘lively discourses’ berhubung dengan agama, falsafah, teologi, metafizik dan logik dikalangan bukan sahaja Muslim tetapi disertai oleh pelbagai agama, budaya, dan bangsa perlu menjadi contoh. Dengan budaya intelektual yang sebegini, khazanah ilmu Islam yang terhasil telah diperkayakan serta menyentuh pelbagai aspek dengan luas dan terperinci. Justeru, usaha untuk menanam ‘scientific attitude and spirit’ serta memupuk ‘izzah terhadap warisan dan ‘the spirit of experimentation’ yang bersumberkan tawhid perlu menjadi agenda utama.
Hari ini, kita tinggalkan ‘Islamic Science’ sebagai sejarah, ‘Islamic Science sebagai falsafah’ sebaliknya tumpuan perlu dihalakan kepada menterjemahkan ‘Islamic Science’ yang memberi kesejahteraan kepada peradaban manusia supaya melayakkan ‘khulafa’ dalam sains dan teknologi mencapai kebahagiaan di Akhirah. Peranan ‘the experts’ khususnya dalam sains dan teknologi dalam usaha transfomasi berbanding reformasi amat didambakan sehinggakan ada seorang intelektual Muslim yang terkenal menyeru untuk menilai semula autoriti dalam agama untuk mereka ini duduk sama level dengan ‘the religious experts’ supaya sama-sama dapat bersepakat dalam ijma’ dan ijtihad. Wallahu’alam.
Monday, October 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment