Al-Qur’an yang diturunkan pada lebih 1400 tahun yang lalu adalah sebagai Petunjuk bagi manusia. Masyarakat Arab ketika itu, hidup dalam keadaan huru-hara, berbalah-balahan, mengamalkan rasuah, berbunuh-bunuhan dan yang lebih menjengkelkan ialah amalan-amalan syirik dalam upacara penyembahan. Al-Qur’an dengan menakjubkan telah berjaya mengubah cara hidup sebahagian besar dari mereka . Dengan kata lain, Islam yang dibawa oleh al-Qur’an telah memperkenalkan sifat kemanusiaan, saling menghormati, kasih sayang dan keadilan dan berjaya telah mengeluarkan mereka dari kejahilan.
Disamping itu, al-Qur’an telah mencetuskan pemikiran saintifik yang terbit di atas perasaan ingin tahu tentang alam semula jadi serta bagaimana alam berfungsi. Terdapat beberapa konsep sains yang terkandung di dalam al-Qur’an. Tanpa perasaan ingin tahu, manusia hidup hanya untuk mendapatkan keuntungan dan kesenangan. Sikap yang sebegini tidak membantu sains untuk berkembang dan ini akan membawa kepada kejahilan. Sebaliknya al-Qur’an menyarankan untuk berfikir dan dan menyelidik serta menganjurkan semua bentuk sains secara implisit bagi Muslim. Perkembangan sains yang berlaku selepas ilmu menjadi nadi kepada kehidupan sosial masyarakat Islam bergerak selari. Satu fakta yang menakjubkan ialah kebenaran sains yang terkandung di dalam al-Qur’an hanya dapat dibuktikan oleh teknologi abad ke 20. Al-Qur’an bukanlah buku sains di mana fakta mengenainya tidak diketahui pada masa ia diturunkan. Teknologi pada abad ke 20 secara tidak langsung telah membuktikan bahawa ilmu yang terkandung dalam al-Qur’an itu adalah datangnya dari Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sewaktu al-Qur’an diturunkan, masyarakat hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik, biologi yang membincangkan fakta-fakta penting tentang penciptaan alam dan manusia, struktur atmosfera serta keseimbangan yang harmoni untuk membolehkan kehidupan diteruskan. Sebahagian besar daripada kebenaran sains yang dibuktikan hari ini terdapat dalam al-Qur’an. Di antara contoh-contoh yang terdapat dalam al-Qur’an ialah :
i) Orbit
ii) Langit yang melindungi
iii) Cap jari
iv) Langit yang mengembalikan
v) Fungsi gunung
vi) Lapisan atmospera
vii) Misteri besi
viii) Sukatan Hujan
ix) Lautan tidak bercampur di antara satu dengan lain
x) Jantina Bayi
Apakah impak yang diberi oleh era yang berlainan dalam sejarah kepada dunia moden seperti Greek (Yunani), Roman dan Zaman Gelap (Zaman Pertengahan). Adakah Zaman Pertengahan menjemukan kerana tiada kaitan dengan kita dan dunia moden. Adakah Zaman Pertengahan seburuk yang digambarkan seperti 1000 yang merugikan, lompong hitam dalam sejarah, zaman yang berlumpur, berpenyakit, kematian, kemusnahan, manusia bersikap tidak bertamadun, dan tidak meninggalkan apa-apa untuk dikenang? Sebaliknya, adakah Bangsa Yunani dan Bangsa Rom telah mencipta segala-galanya ? Jika jawapannya ia, ini adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan.
Sebenarnya, mengenal sumbangan Zaman Pertengahan (Zaman Kegemilangan Islam) seolah-olah membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya dan dari lautan kepada daratan. Ia menyerlahkan satu zaman yang sangat gemilang. Peradaban Islam ketika itu, merentasi dari Sepanyol ke China yang merangkumi tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Perlumbaan dalam penemuan dan penciptaan penting dibuat dalam masa itu oleh intelektual dan saintis dari bangsa dan agama yang berlainan. Penemuan-penemuan penting ini bersandarkan ilmu-ilmu dari bangsa Yunani yang telah diterjemah, dikembangkan serta diolah supaya menepati pandangan alam Islam. Ilmu-ilmu inilah yang telah menghubungkannya dengan dunia moden. Sebagai contoh :
i) al-Jazari : jurutera serta pencipta genius yang berjaya mencipta mesin masa (Jam Gajah) yang menggabungkan komponen dari budaya India,Yunani, Arab, Mesir, China.
ii) Ibn al-Haytham : meletakkan asas untuk kamera moden, menunjukkan bagaimana mata berfungsi, membuat eksperimen untuk mendapatkan imej dalam bilik gelap (camera obscura) yang menjjadi asas kepada camera dan cinema.
iii) Abbas Ibn Firnas – menghabiskan masa memandang ke langit dengan mengimpikan manusia boleh terbang. Ia telah mendahului the Wright Brothers.
iv) Abu’l Kasim al-Zahrawi : bapa pembedahan di mana peralatan pembedahannya masih digunakan oleh hospital-hospital moden hari ini. Malah, benang jahitannya yang diperbuat dari usus binatang juga masih digunakan hingga ke hari ini.
v) Maryam Astrolabi : seorang pintar mencipta astrolabe yang berfungsi untuk pengiraan dan mengukur masa. Asas kepada jam, kompas, pengemudian satelit, berguna kepada pengembara.
Contoh yang didedahkan cuma the ‘Tip of the Iceberg’ kerana terdapat lebih dari 1000 penciptaaan lagi dari segenap lapangan kehidupan seperti al-Kindi, al-Farabi, al-Kwarizmi, Ibn Sina, al-Biruni, Nasr al-Din al-Tusi dan ramai lagi. Penemuan dan penciptaan ini telah mempengaruhi dan merentasi Eropah pada zaman pertengahan dengan penemuan kitab-kitab ilmu dalam bahasa Arab di Andalusia oleh orang-orang Eropah. Diantara ‘Ground breaking advances’ dalam kejuruteraan ialah menukar ‘rotary motion’ kepada ‘linear motion’. Tanpa device seperti ini Revolusi Industri tidak mungkin boleh berlaku. Jelasnya, Zaman Gelap sebenarnya adalah zaman kegemilangan kerana pada masa itu terdapat berbilang ahli-ahli sains yang mempunyai kaitan dengan dunia moden.
Mari kita selami bagaimana budaya ilmu berperanan ketika itu. Dalam masa dua kurun, Islam berkembang dari Sepanyol hingga ke pinggir India dan Baghdad sebagai ibunegara yang kaya terletak di tengah-tengah. Semasa kegemilangannya, ia menyaingi bandaraya lama Athens dan Rom. Ia menyerlahkan kehebatan senibina dan menjadi bandaraya kebanggaan. Ia dihias oleh park, bazaar, taman, villa dan dipenuhi dengan masjid dan tempat mandi yang halus sekali buatannya disepanjang kedua-dua belah sungai Tigris. Intelektual menjadikan Baghdad sebagai permata dunia dan bermula pada kurun ke lapan ia mejadi pusat ilmu. Inovasi besar-besaran berlaku di sana atau datang ke sana kerana orang-orang yang terbaik datang ke Baghdad samada ahli fikir, ahli falsafah mahu pun sasterawan. Kepesatan yang berlaku di Baghdad telah mencetus masalah kejuruteraan yang besar dan penyelesaianya memerlukan minda yang hebat. Keperluan penduduk seperti kesihatan, pasar, barang-barang dan lain-lain memerlukan pengetahuan sains yang asas. Peradaban memerlukan sains untuk mentadbir kerajaan oleh itu minda yang hebat berlumba-lumba menyerlahkan kehebatannya.
Bait al-Hikmah, sebagai pusat ilmu menjadi tarikan kepada intelektual yang datang dari seluruh dunia yang terdiri dari Muslim, Yahudi dan Nasrani. Cabaran besar bagi intelektual ini ialah mentranformasikan ilmu dari Yunani kepada sekumpulan ilmu yang baru. Perebutan jawatan mula berlaku seperti yang berlaku kepada birokrat dan akademia moden. Ada intelektual yag dihantar merentasi dunia untuk mendapatkan teks-teks lama – ia merupakan satu penerokaan saintifik yang pertama dalam sejarah. Bagi Muslim, tidak ada pertentangan di antara iman dengan undang-undang yang mengawal alam semula jadi. Oleh itu mereka boleh menerima bukan sahaja Aristotle dan Plato tetapi juga ilmu yang dihasilkan oleh tamadun Parsi, India dan China. Dari India, intelektual Muslim menghasilkan konsep matematik dan menemui sistem nombor Arab yang digunakan hingga sekarang, menterjemah dan mentransformasi ilmu dari Yunani sebagai sumbangan kepada dunia moden dengan mencetuskan renaissance yang dimulai dari Baghdad. Ilmu yang diterjemah ke dalam bahasa Arab boleh didapati dengan mudah diperpustakaan seluruh bandar-bandar besar Dunia Islam. Penemuan kertas dari Asia Tengah, membolehkan ilmu disalin dan dikongsi dengan beberapa bandaraya dalam dunia Islam seperti Bukhara, Khiva, Rayy, Tus, Basra, Kufa, Shiraz, Damsyik, Kahirah, Ghazna, Tunis, Fez, Andalus dll. Dengan cara ini, ilmu yang dikongsi telah mentransfomasi serta menyerlahkan sesebuah pemerintahan atau kerajaan. Bahasa Arab menjadi bahasa ilmu di seluruh dunia, satu perkembangan yang signifikan dalam sejarah intelektualisme. Berikutnya lahirlah proses saintifik dimana pemikiran inkuiri, kreatif, inovatif dan kritikal yang dipunyai mereka telah menlahirkan Sains Islam. Ringkasnya, algebra, trigonometri, kejuruteraan, astronomi yang sampai kepada kita hari ini bermula dengan saintis Muslim. Sejarah boleh berulang jika sekiranya sikap Muslim terhadap ilmu dan pendidikan berada di atas landasan yang betul.
Sumber
1) al-Qur'an Leads the way to science
2) Miracles of the Qur'an
3) Empire of Faith : Intellectual Awakening
Tuesday, January 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment