10 hari terakhir Ramadhan bakal menemui kita insyaAllah. Pastinya keghairahan penantian datangnya Ramadhan bakal berakhir. Sebelum ianyanya benar-benar berlalu, adakah kita sudah merasakan hal-hal ini?
i) Kita merasa rugi jika tidak dapat memanafaatkan saat-saat sebelum iftar untuk berdoa - kerana doa ketika itu tidak tertolak
ii) Kita merasa rugi jika tidak dapat menhabiskan sekurang-kurangnya satu juzuk al-qur'an dalam sehari
iii) Kita merasa rugi jika tidak dapat menyempurnakan sekurang-kurangnya 11 raka'at sembahyang malam
iv) Kita merasa rugi jika melepaskan peluang untuk memberi makan orang-orang yang berpuasa.
v) Kita merasa rugi jika apabila berlalunya Ramadhan, kita mungkin terlepas peluang untuk menemui lailatul qadr
vi) Kita merasa rugi jika melepaskan peluang untuk bersedekah di dalam Ramadhan
vii) Kita merasa rugi jika tidak berpeluang untuk beri'tikaf di masjid
viii) Kita merasa rugi jika tidak bersahur walaupun dengan seteguk air kerana di dalam sahur ada barakahnya
ix) Kita merasa rugi jika....banyak lagi
Maka bagi yang merasa beruntung, mereka mungkin sedang menuju ke puncak ruh ibadah
Sekadar peringatan...Wallahua'lam.
Sunday, August 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment