Thursday, September 10, 2009

Peradaban : Hari Ini dan Masa Hadapan

Satu Anjakan

Islam hari ini dan masa hadapan tidak boleh lagi dilihat sebagai lemah, lesu, mundur dan ketinggalan zaman.

Islam hari ini dan masa hadapan tidak boleh lagi bergantung semata-mata kepada slogan dan kekuatan emosi.

Islam hari ini dan masa hadapan menuntut Islam diterjemah dan diamalkan menjangkau agama, budaya, dan cara hidup.

Islam hari ini dan masa hadapan perlu diperjuangkan bukan sahaja sebagai agenda politik dan sosial semata-mata.

Islam hari ini dan masa hadapan memerlukan intelektual-intelektual untuk melaksanakan agenda perubahan pemikiran.

Islam hari ini dan masa hadapan perlu dibina di atas kekuatan pemikiran Islam yang merangkumi ilmu-ilmu kalam, tasawwuf, falsafah, dan shari‘ah.

Islam hari ini dan masa hadapan menuntut pemahaman fard ‘ayn yang berkembang selari dengan kematangan, pemikiran, kedudukan, status, dan pertanggungjawaban.

Islam hari ini dan masa hadapan menuntut pemahaman menegakkan fard kifayah adalah lebih diutamakan dalam suasana dan persekitaran yang asing

Islam hari ini dan masa hadapan memerlukan ilmuan-ilmuan yang berupaya melaksanakan ijtihad untuk menterjemahkan prinsip dan konsep dari tasawwur al Islam kepada situasi yang berubah-ubah (‘contemporary Islamic’ Asalah)

Islam hari ini dan masa hadapan memerlukan fiqh al haraki untuk menyokong fiqh al hadharah ke arah merealisasikan satu peradaban.

Islam hari ini dan masa hadapan mesti diterjemahkan sebagai satu peradaban yang dinamik dan hidup dengan mengamalkan ciri, prinsip, dan nilai yang unik dan agung dalam struktur hidup beragama dan kemasyarakatan, pemerintahan dan politik, ekonomi dan kewangan, keutamaan serta penekanan saintifik dan teknologi, senibina dan pelan perbandaran, pendidikan dan pembangunan insan, serta kesenian dan kesusasteraan.

Hanya dengan cara memahami dan mengkaji Islam sebagai satu peradaban masa hadapan yang hidup dan dinamik, barulah keadilan sepenuhnya berlaku kepada din al Islam di atas keyakinan dan keimanan bahawa Islam adalah sempurna dan lengkap yang membawa kesejahteraan kepada kehidupan di dunia dan akhirah di atas sifatnya sebagai rahmah li al ‘alamin.

No comments:

Post a Comment